Perkembangan Bayi Mengikut Umur

Perkembangan Bayi Mengikut Umur

Sebagai seorang ibu, memang saya sentiasa memantau pola perkembangan Nurul Balqis & Nurul Aina. Begitu juga dengan “anak-anak” saya di taska. Tujuan saya memantau ialah bagi memastikan milestone atau perkembangan mereka adalah sejajar dengan umur masing-masing. Carta di bawah boleh dijadikan sebagai panduan atau guideline untuk memerhatikan perkembangan bayi tetapi harus diingat bahawa carta ini dibina berdasarkan pencapaian kebanyakan bayi. Setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza jadi jangan sedih jika bayi anda agak lambat perkembangannya. Jika anda sangat risau, boleh rujuk pakar kanak-kanak bagi pemeriksaan lanjut.

Umur
Peringkat perkembangan
1 bulan
  • Mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
  • Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
  • Bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat
2 bulan
  • Menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
  • Mengulangi bunyi vokal seperti “oh” dan “ah”
3 bulan
  • Mengangkat kepala sehingga 45°
  • Mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
  • Mengukir senyuman sosial
4 bulan
  • Mengangkat kepala sehingga 90°
  • Duduk dengan sokongan
  • Berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
  • Mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki
5 bulan
  • Mula tumbuh gigi
6 bulan
  • Menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
  • Menggapai dan menggenggem objek
  • Duduk sendiri dengan sokongan yang minima
  • Berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)
7 bulan
  • Mengajuk bunyi-bunyian
  • Menyuap sendiri makanan
  • Duduk tanpa sokongan
8 bulan
  • Menghisap objek
  • Memanggil ‘ibu” atau “ayah”
  • Mula merangkak
  • Bertindakbalas terhadap nama sendiri
9 bulan
  • Mengangkat perut untuk duduk
  • Berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
  • Memahami keadaan kekal objek
10 bulan
  • Mengambil objek menggunakan 2 jari
  • Merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
  • Menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk
11 bulan
  • Menepuk tangan
  • Melambai
  • Berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
  • Memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
  • Memahami maksud “tidak”
12 bulan
  • Menggeleng
  • Memahami arahan mudah
  • Berjalan dengan bantuan
13 bulan
  • Mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
  • Berdiri dengan sempurna
14 bulan
  • Makan menggunakan jari
  • Melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar
15 bulan
  • Gemar melihat dan menyelak buku
  • Berjalan dengan sempurna
  • Memanjat tangga
16 bulan
  • Bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini
17 bulan
  • Bertindakbalas terhadap arahan mudah
18 bulan
  • Mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
  • Minum menggunakan cawan
  • Makan menggunakan sudu
19 bulan
  • Boleh menggunakan sudu dan garfu
  • Berlari dengan sempurna
20 bulan
  • Membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa
21 bulan
  • Berjalan menaiki tangga dengan bantuan
  • Mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari
22 bulan
  • Mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
  • Memahami 2 arahan yang berturut (contoh: Ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
  • Boleh mengawal pundi kencing
23 bulan
  • Menggunakan 50-70 patah perkataan
  • Menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
  • Menuruni tangga dengan bantuan
24 bulan
  • Memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
  • Sesetengah ucapannya boleh difahami
  • Membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837 Facebooke page: aisah health collection Email : ct_ijn@yahoo.com ID :867656 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra! * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *