Tips senaman mudah dengan shaklee

Tips Senaman Mudah

Senaman bukan sahaja menyihatkan badan tetapi juga membantu anda untuk kurus. Berikut adalah antara senaman mudah yang boleh anda lakukan di rumah, di pejabat, dan semasa berada di luar. Senaman-senaman berikut boleh anda lakukan sambil melakukan tugasan seharian. Menarik kan! Jom kita tengok senaman yang dimaksudkan:

[✔] Apabila anda bangun tidur, luruskan kaki dan duduk perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Lunjurkan badan ke depan sehingga bahagian belakang dan betis terasa tegang. Kemudian baring semula perlahan-lahan. Ulang sehingga 3-4 kali.

[✔] Semasa anda memberus gigi, cuba berdiri dengan sebelah kaki. Tukar kaki kiri dan kanan.


[✔] Jika anda memandu, semasa kereta berhenti, genggam stereng kereta dengan kuat selama 10 saat. Ulang 10-15 kali.

[✔] Di meja pejabat, buat duduk cangkung. Caranya ialah duduk tapi berhenti separuh, kemudian bangun semula perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Ulang 15-20 kali.

[✔] Semasa membeli-belah, bawa sedikit beban dalam beg tangan anda contohnya 2 beg gula.

[✔] Semasa mengisi petrol kereta, berjingkit ke atas dan ke bawah dengan tumit kaki. Buat sehingga selesai mengisi petrol.

[✔] Sambil anda beratur semasa menunggu teksi atau bas, genggam tangan anda di belakang, rapatkan bahu sambil membuka dada dan mengambil nafas. Tahan nafas 10-20 saat dan hembus perlahan-lahan.

[✔]  Selepas makan malam dan duduk di kerusi, luruskan kaki ke hadapan dan bengkokkan ke atas dan ke bawah. Semasa kaki di atas, tahan selama 5 saat.

[✔] Semasa anda menonton tv, buat senaman ringan seperti tekan tubi (push up) semasa iklan disiarkan. Purata tempoh iklan ialah 7-8 minit, buat tekan tubi setiap kali iklan dan anda akan mudah mencapai 100-150 ulangan.


[✔]  Sebelum tidur, duduk ditepi katil dengan kaki rapat. Genggam tangan anda dan luruskan tangan anda ke atas dan luruskan badan sambil mengambil nafas sedalam-dalamnya. Tahan 10-20 saat dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Anda akan berasa rileks serta merta.


Anda akan dapat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat kalau anda mengamalkan senaman + pemakanan seimbang + set kurus Shaklee. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai set kurus Shaklee. Berminat untuk mendapatkannya? Hubungi saya sekarang.

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. 
Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837
Facebooke page: aisah health collection
Email : ct_ijn@yahoo.com
 ID :867656
 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *