Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Bila Ramadhan tak lama tiba maksudnya Raya pula akan menjelma. Cepat sungguh masa berlalu. Saya masih ingat lagi masa PKP tahun lepas apabila buat pertama kali kena announce boleh Raya berkumpul dan rentas Negeri. Benda pertama yang saya concern. Alamak berat aku dah macam kena di pam belon dah ni. Start dari itu la saya tekad nak kurus sebelum raya dengan set kurus Shaklee.

Saya akui masa tengah naik berat tu mudah letih. Berat susah nak turun sebab kalori banyak tersimpan dalam badan dan kurang beraktiviti. Nak naik tangga pun letih. Apatah lagi berjalan jauh. Paling perasan bila kaki berlaga antara satu sama lain.

kurus sebelum raya

Dah alang-alang Shaklee ada set yang membantu untuk turunkan berat badan. Why not kita gunakan aje kan. Tambahan lagi tengah puasa sebulan. Apa lagi kali ini tekad! Nak tak nak aku wajib turunkan berat aku! Malu wei kalau orang tegur apsal berat kau tiber naik.

Asbab PKP dah lama juga kita tak jumpa saudara mara dan kawan-kawan kan. Pasti excited berjumpa raya masa tu.

Syukur juga masa tu Shaklee launch Set Hello New You (set kurus Shaklee). Saya rasa beramai – ramai masa itu yang menurunkan berat badan untuk set ni. Bukan calang-calang vitamin kurus Shaklee ni tau.

Sebenarnya dengan adanya set kurus Shaklee ni, serius ia sangat lengkap membantu untuk saya turun banyak kilo masa puasa tu.

Pengalaman saya berjaya kurus sebelum raya tahun lepas 2022

Dalam masa sebulan tu, saya loss 4 kg sebelum Raya! Lega habis tau.

vitamin kurus

Ini memang gambar kat airport Klia. Gambar ini di ambil pada tahun lepas 2022. Mahu pulang ke kampung beraya tau. Memang setelah sebulan berhempas pulas, nampak beza kan dari gambar yang pertama di atas.

Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu. Perasaan gembira setelah bertahun-tahun tak beraya bersama keluarga sejak PKP.

Ye lah saya ni anak perantau. PKP pula tak boleh merentas negeri. Dua tahun tahan hati je nak beraya bersama mak, arwah bapa dan family di Labuan.

kurus sebelum raya

Korang boleh nampak beza bahagian pinggang saya. Nasib baik sempat kurus sebelum raya kan hehe. So raya pun happy dan lebih yakin.

Apa rahsia saya boleh senang turunkan berat badan?

Rahsia saya takde lain takde bukan. Saya memang amalkan je vitamin kurus Shaklee ni. Masa sahur saya memang tak makan berat. Saya gantikan dengan meal replacement yang ada dalam set kurus Shaklee ni. Cinch protein ni sangat membantu untuk saya tetap kenyang tanpa berlapar.

Tahun 2022 memang mudah puasa saya sebenarnya. Dan kalau nak tahu saya memang akan gabungkan Cinch dan Esp (Energising Soy Protein Shaklee) ini bersama-sama. Dan dua protein ini juga merupakan protein yang penting ada dalam set puasa Shaklee.

Siapa yang amal set puasa Shaklee, bukan setakat bertenaga je yang kita dapat. Malah anda boleh turunkan berat badan lagi.

Kalau amalkan masa puasa set ini, berkilo-kilo akan hilang. InshaAllah.

Gabungan dua protein ini sangat membantu dalam membantu berat badan anda. Ia memberikan serat yang tinggi. Mempunyai vitamin dan mineral yang cukup untuk memastikan badan kita tetap cukup sumber nutrisi walaupun sedang berpuasa.

Jangan risau. Kalau kita rasa bimbang takut tak makan nasi masa sahur. Di dalam Esp dan Cinch Shaklee mengandungi sumber karbohidrat juga. Sekali hidangan Esp pun dah dapat ibarat sebungkus nasi lemak. Kenyang kan?

Cuma bezanya Cinch dan Esp protein ini adalah daripada sumber “plant base”. Sumber soya yang tidak menggemukkan.

Di dalam Cinch juga mempunyai leusine. Banyak kali saya dah tekankan tentang leusine ini. Leusine bagus untuk tidak menyebabkan otot kita menggelebeh. Dia akan memampatkan otot kita dan comel langsing firm semula.

Haa best ke best.. Barulah kita akan lebih bersemangat di pagi raya. You all kena klik link kawan saya tulis ni siap bagi tips kurus sebelum raya bersama set kurus Shaklee yang saya amal juga.

Masa puasa saya tak sempat bersenam, habis tu celah mana pula saya nak bakar kalori saya ni?

Soalan paling famous saya dapat. Saya faham. Masa puasa memang masanya pendek. Kadang tu tak sempat kita nak bersenam. Siang hari berkerja. Petang pula nak siapkan menu berbuka. Malam terawih dan tadarus.

Bila lemak bertahun-tahun terbentuk dalam tubuh menyebabkan ia sukar terhapus. Sebab itu, sel lemak ini hanya boleh mengecil dan membesar. Bila kita tak beraktiviti aktif seperti bulan biasa, menyebabkan karbo yang kita makan itu tadi dia tak ditukarkan kepada tenaga sepenuhnya.

Itu sebab saya cuba bersahur dengan Cinch dan Esp Shaklee. Saya tak nak kalori yang extra tu akan tersimpan menjadi lemak berlebihan.

Syukur di dalam set kurus Shaklee ini ada vitamin yang bantu untuk pecahkan lemak degil kita. Vitamin itu antaranya adalah Omega Guard dan Lecithin Shaklee. Kedua dua vitamin kurus ni sangat membantu untuk memecahkan lemak jahat kita.

set kurus shaklee

Dan kadang kita tak sedar pun. Sebenarnya apabila kita tingkatkan ibadah masa berpuasa seperti solat terawih dan solat sunat yang lain. Ia ibarat senaman ringan yang membantu melancarkan perjalanan darah kita di dalam konteks sains.

Tak sedar kita sedang menggerakkan anggota badan kita dan bersenam ringan sebenarnya.

Jadi jangan lah risau. Bila kita dah ambil vitamin omega 3 dan lecithin Shaklee lepas berbuka, inshaAllah memang akan tingkatkan metabolisma dan bantu untuk bakar lemak. Kadang ada yang kata berpeluh panas.

Sebab omega 3 ni dia akan melancarkan peredaran darah kita. So, kita akan rasa warm.

Puasa ni saya susah nak melawas sebab kurang minum air. Apa yang boleh bantu saya untuk cepat kurus sebelum raya?

Isu paling senang masa puasa adalah dehidrasi. Bila kurang minum air makanya kita susah nak membuang. Sembelit. Letih. Lesu. Mengantuk. Ini disebabkan bila pelawasan tak lancar makanya toksin dalam badan tak mudah disingkirkan.

Saya faham juga masa puasa kadang susah minum air. Selain tips untuk minum air 2-3 cawan semasa sahur dan berbuka. Pastikan botol air berada ditempat yang mudah kita capai. Cuba amalkan Performance Drinks Shaklee.

set puasa shaklee

Air performance ni saya suka amalkan semasa berbuka. Air ini tidak bergas. Gula renda. Dan mempunyai mineral lengkap bantu untuk badan kita kekal segar walaupun berpuasa. Ia cukup membantu pada mereka yang mengalami masalah susah minum air kosong.

Bila ditambah lagi dengan Herbalax Shaklee, isu sembelit tidak ada lagi. Herbalax ini mengandungi daun senna yang akan membantu mengurangkan masalah sembelit. Jadi najis akan lembut. InshaAllah kita akan membuang setiap hari dengan lancar.

Testimoni sendiri merupakan real result kalau anda nak kurus sama bersama saya sebelum raya ni

Itulah rahsianya bagaimana saya berjaya kurus dan maintain sampai sekarang. Puasa tahun ini pun saya nak target capai 55 kg!

Lagi mudah lah. Tahun lepas berat sebenar 64 kg. Dan hilang sebanyak 7 kg. Tahun ni jauh lebih senang dengan izin Allah. Teruskan amal set kurus dan set puasa Shaklee ni sekaligus. Pasti dapat result berat yang cantik sebelum raya ni.

Siapa yang tak nak turunkan berat kan? Tapi kalau turunkan berat badan tak fit pun tak best juga. Kalau boleh bila turun berat kita bebas dari segala jenis penyakit. Barulah fit!

Now we open fit bersama bersama sebelum raya. Siapa nak? Kalau nak kurus sebelum raya dengan set kurus Shaklee, hubungi kami sekarang! Ada tawaran istimewa dan pastinya promosi hebat sedang menanti anda.

Jangan lepaskan peluang ni. Dah alang alang murah, apa kata cuba. Siap dapat percuma 1 tong Cinch dan shaker hijau cun melecun kita bagi. Kita ada masa sebulan lebih untuk kelihatan menawan dan tampil segak di pagi Raya. Mesti sempat.

Kalau saya boleh, kenapa tidak anda. Saya akan guide anda sampai dapat berat yang anda idamkan.

Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain, jemput klik dan link di bawah:

Facebook : Siti Aisah Mohd Ibrahim

Instagram: @sitiaisahmdibrahim

Tik Tok : sitiaisahmohdaibrahim

Beacon : https://beacons.ai/sitiaisah

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#blogmegashaklee

#pengedarshakleesubangjaya

#pengedarshakleeusj

#setkurusshaklee

#setpuasashaklee

4 thoughts on “Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *