Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Senaman membantu untuk weight management anda

Bersenam Untuk Kurus: Kardiovaskular vs Otot

Bersenam untuk kurus. Senaman baik untuk kesihatan, tak kira  sama ada senaman kardiovaskular atau senaman otot. Kalau kita tak sempat nak bersenam, kita boleh lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan memberi kesan positif terhadap gaya hidup kita. Namun, apabila bercakap tentang tip kurus atau tip mengurangkan berat badan, senaman manakah yang lebih berkesan? Senaman kardiovaskular atau senaman otot? Atau adakah kedua duanya sama sahaja?
Sebelum saya terangkan lebih lanjut mengenai keberkesanan kedua-dua lsenaman tersebut, terlebih dahulu saya nak terangkan apa itu senaman kardiovaskular dan apakah pula senaman otot. 
Senaman kardiovaskular (atau ringkasnya kardio) 
Adalah senaman yang melibatkan peningkatan kadar denyutan jantung. Antara aktiviti yang tergolong dalam kategori ini adalah berlari, berenang, bermain bola sepak, berbasikal dan sebagainya.
senaman otot 
Adalah senaman yang melibatkan daya tahan otot seperti mengangkat berat, tekan tubi, ‘pull up’, ‘plank’ dan sebagainya. Senaman otot yang dilakukan secara berterusan akan menambahkan sel-sel otot dan kesan jangka masa panjangnya anda akan kelihatan seperti berotot (‘muscular’) 
Kedua-dua senaman ini memerlukan tenaga. Dari mana datangnya tenaga? Ia diperolehi daripada proses pembakaran makanan yang berlaku di dalam badan. Secara teori, untuk orang yang mengalami masalah obesiti dan ingin mengurangkan berat badan, selain daripada pembakaran makanan, sumber lain yang boleh membekalkan tenaga adalah lemak yang dibakar menjadi sumber tenaga. Jadi, apabila lemak-lemak yang menggeleber di sekitar perut dibakar, dapatlah kita merasa kesan ‘kurus’.
Namun, itu hanya teori sahaja. Apa yang sering berlaku, protein di dalam badan lebih mudah ditukar bentuk kepada tenaga. Jadi, bila kita bersenam, badan kita tak bakar lemak berlebihan dalam badan kita, sebaliknya membakar protein yang ada. Di manakah protein ini didapati? Kebanyakannya daripada otot. Jadi apabila protein ini ditukar kepada bentuk tenaga, sel sel otot akan hilang dan otot akan mengecil. Ini adalah satu perkara yang tidak baik kerana, protein dan otot adalah elemen yang penting dalam mengekalkan kadar metabolisme badan.
Pada peringkat awal usaha anda menurunkan berat badan menerusi senaman kardio, anda akan dapati dalam beberapa hari berat  anda akan turun. Masalahnya, anda tidak tahu adakah ia disebabkan oleh kehilangan lemak, atau kehilangan otot dan juga air. Dalam kebanyakan kes, ianya adalah disebabkan oleh kehilangan otot dan juga air yang bermakna, anda ‘tertipu’ kerana kehilangan berat ini hanya bersifat sementara dan apabila anda berhenti melakukan aktiviti aktiviti senaman, percayalah, badan anda akan meningkat naik dengan cepat!
Dengan berkurangnya sel otot, maka dengan sendirinya kadar metabolisme badan akan menurun dan keupayaan untuk membakar kalori menjadi berkurang. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan mengakibatkan kegemukan dan akibatnya, harapan untuk melihat badan kurus akan hanya tinggal harapan sahaja.
Sebaliknya, menerusi senaman otot anda akan meningkatkan sel-sel protein yang seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Kadar pembakaran kalori anda akan meningkat sehingga pada satu peringkat, badan anda akan terus membakar lemak meskipun anda sedang tidur atau menonton wayang. Senaman otot juga akan mencantikkan badan dan membina tekstur tubuh yang baik untuk  golongan lelaki dan wanita.


Jadi, jika anda mahu kurus, buat keputusan bijak dengan melakukan senaman otot, dan apabila anda sudah menjadikannya sesuatu rutin, bolehlah anda beralih kepada senaman kardio. Insya Allah anda akan mendapat kesan pengurangan berat yang ketara dan berpanjangan.
Anda akan dapat mengurangkan berat badan dengan lebih cepat kalau anda mengamalkan senaman + pemakanan seimbang + set kurus Shaklee. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai set kurus Shaklee. Berminat untuk mendapatkannya? Hubungi saya sekarang.

Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia. 
Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837
Facebooke page: aisah health collection
 Email : ct_ijn@yahoo.com
 ID :867656
 Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
 * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?