SOKONGAN SUAMI DALAM MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU
Ikatan perkahwinan merupakan ikatan suci yang menyatukan dua jiwa. Kasih sayang yang wujud ini akan melahirkan perasaan empati dan sikap saling bantu membantu antara satu sama lain.Alhamdulillah mama dikurniakan papa kamu untuk semati sehidup bersama mama..Papa kamu walaupun dia suka usik mama,nakal tapi papa kamu tetap menjalankan tanggungjwb sbg seorg ayah terhadap kamu dan sebgi seorg suami terhadap mama..Inilah dia ayah nuha :
Ayah kamu mmg menyokong mama untuk teruskan perjuangan bf semnjak nuha dalam perut lagi..Ayah kamu treat mama dgn baik siap bw jalan jalan lg masa nuha 8 bulan dlm perut sblm melangkah setapak kehdpn:
Sokongan suami mmg penting disamping membantu dlm menyalurkan kewangan sbg persediaan dlm penyusuan,sokongan yg padu dan secara mental amatlah penting supaya bile baby lahir nnti ,dengan pengetahuan yang ada kita boleh aplikasikan dan insyaAllah ape yg diniatkan akan dipermudahkan..Suami perlu sentiasa memberikan sokongan kepada isterinya, bermula atau sejak isteri mengandung lagi.Tanggungjawab membesarkan anak ialah tanggungjwb bersama.Suami berhak untuk menentukan pemakanan yang terbaik yang akan diberikan kepada bayi apabila bayi dilahirkan nanti,dan sudah pasti susu ibulah jawapannya.Oleh itu suami juga perlu mempunyai niat dan keazaman yang kuat untuk memastikan bayi akan diberikan susu ibu.Keazaman yang di sertakan dengan pengetahuan yang mencukupi akan lebih membantu suami menyiapkan dirinya ke arah penyusuan susu ibu.Ilmu tentang penyusuan ini boleh diperoleh melalui banyak sumber.Antaranya termasuk pendidikan kesihatan yang diperoleh semasa lawatan di klinik mengandung,risalah risalah tentang penyusuan,ceramah atau bengkel yang dianjurkan oleh pelbagai pihak,serta kempen kempen melalui media masa dan elektronik. Suami perlu merasakan diri mereka bertanggungjwb dan turut terlibat di dalam perkara ini.Suami tidak perlu berasa malu untuk bercakap tentang peyusuan.Sifat keterbukaan ini akan membolehkan seorang suami menjadi seorg ayah yg sempurna. Kesedaran ini akan membuka jalan ke arah usaha untuk memahami penyusuan susu ibu dengan lebih mendalam.
Semasa bayi dilahirkan, suami boleh memberi sokongan emosi dan membantu isteri dengan menyediakan keperluan yang mencukupi serta kemudahan kepada isteri untuk menyusui bayi.Suami perlu membantu isteri mengatasi kesulitan yang dialami terutamanya pada peringkat awal penyusuan.Jika si isteri mengalami masalah kebengkakan payudara,puting merekah,tidak cukup susu dan lain lain,suami perlu memberikan sokongan dan menolong isteri mengatasi masalah tersebut.Sokongan fizikal, dorongan dan perhatian seorang suami adalah pentin dari mengelakkan jalan mudah memberi susu formula kepada bayi..Syukurla mama dapat ayah kamu..hehehehhe…Terima kasih ayah di atas dorongan,sokongan,nasihat tanpa putus dan yang penting memberi urutan yang terbaik di kala mama letih..Alhamdullillah…
Peranan Suami
Peranan dan penglibatan suami sangat penting dalam menyokong dan meneruskan penyusuan bayi secara ekslusif:
– Menghadiri kelas pendidikan kesihatan ante natal bersama isteri.
– Menemani isteri di bilik bersalin untuk memberi sokongan
– Bantu isteri mendapat posisi penyusuan yg selesa
– Bantu isteri relaks dan bertenang
– Suami perlu menegetahui kepentingan penyusuan susu ibu
– Membantu dalam urusan penyediaan makanan keluarga dan kerja kerja rumah
– Tunjukkan kasih sayang dan simpati
Alhamdulillah kini saya berumur 6 buln dan selama ini mama saya masih beri saya susu ibu dan saye membesar dgn sihat dn kuat…yeay…