Set Vitamin Shaklee Yang Paling Saya Suka
Sejarah saya bermula dengan set vitamin menyusu Shaklee pada tahun 2011. Saya masih ingat lagi. Masa tu saya tertekan. Stress. Bacaan kuning anak naik. Berat Nuha bayi menurun lepas sebulan lahir. Berat lahir 3.7 Kg. Lepas sebulan 3.4 Kg.
Saya masih ingat masa tu bila nurse buat lawatan ke rumah bagitau berat anak puan tak cantik ni. Saya rasa hampir meroyan. Saya akui Nuha ketika tu memang jenis kuat menyusu. Setiap hari memang menangis je.
Sampai mak pun kata suruh bagi susu formula je. Tapi saya ni jenis ketegak orang Kedah kata. Saya tekad nak susu ibu je. Jadi kebetulan masa tu saya dirujuk oleh Pakar Laktasi. Saya dapat kaunseling dan nasihat sekejap.
Siap dia kata puan kena jaga emosi. Jangan stress. Nanti susu lagi teruk drop. Dia nasihatkan kekerapan menyusu juga. Jadi sebab stress agak tinggi dia sarankan saya ambil B complex. Something yang boleh bagi tenang.
Permulaan berjinak dengan set menyusu Shaklee
Sejak dari itu saya terus cari di google. Vitamin menyusu yang membantu untuk emosi mak lepas bersalin. Dalam masa sama yang bantu meriahkan susu ibu. Terjumpa blog: http://anakkuwiraku.com/. Banyak cerita tentang penyusuan.
Dan saya berminat untuk cuba sebab ramai yang mengatakan set menyusu Shaklee bagus. Ye lah, Shaklee pun dah duduk lama di pasaran lebih 60 tahun. Mesti ada speciality kan? Why not kita cuba.
Dan yang menambahkan saya minat tu, bila saya terkejut bersepah artikel sains journal yang menceritakan tentang vitamin Shaklee ni. Lagi saya yakin ketika tu.
Dari gambar ni pun nampak berat Nuha menyusut kan..
Apa jadi lepas beberapa bulan cuba set menyusu Shaklee?
Nasib la dulu rajin ambil gambar anak. Boleh lah kita korek buat kenangan. Dan sejak dari itu alhamdulillah kesemua anak anak saya memang saya mengamalkan set menyusu Shaklee sehinggalah sekarang tau.
Masa ni gambar mereka 5 bulan lebih. Tembam kedua-duanya. Anak ke dua beruntung sebab belajar daripada pengalaman anak pertama. Saya takde isu susu drop langsung. Malah syukur susu meriah.
Melalui gambar ni pun kita nampak betapa kesan yang kita dapat dengan pengamalan vitamin sangat membantu perjalanan penyusuan saya.
Bukan saya seorang saja yang dah cuba set menyusu ni. Boleh klik entry seterusnya sebagai rujukan antara feedback yang best untuk anda dapat juga.
Kesan pengamalan supplements jangka masa panjang
Sebenarnya saya tak pernah berhenti amalkan set ini pun walaupun anak-anak saya dah masuk peringkat remaja. Kelebihan supplements yang saya amal dari set ni dia membantu meningkatkan mutu kesihatan si ibu tersebut.
Anda akan lebih bertenaga. Ibu moden zaman sekarang ni walaupun hanya suri rumah saya percaya kita perlukan sesuatu untuk memastikan ibu sentiasa bertenaga dan sihat. Kalau kita tak sihat alamatlah dapur di rumah tak berasap kan. Anak-anak kelaparan pula.
Jadi rugilah sebenarnya jika ibu-ibu tak teruskan amal. Sebab ramai ingat masa menyusu badan je kita amalkan. Sebenarnya tidak. Secara ringkasnya apa yang anda akan dapat?
Ibu dapat mengawal masalah kesihatan secara menyeluruh. Jantung yang sihat. Kawal bacaan kolestrol. Melancarkan peredaran darah. Tulang sihat dan kuat. Cegah osteoporosis dan osteoarthiritis. Imun sistem yang kuat.
Lebih refresh. Singkir toksin. Buah pinggang yang lebih sihat. Hati yang lebih sihat. Dapat kawal bacaan gula. Bantu tingkatkan metabolisma badan. Lebih aktif dan bertenaga. Mempunyai kesihatan kulit lebih baik.
Banyakkan manfaat yang kita dapat.
Secara kesimpulannya, bila kita dah mula untuk hidup sihat. Selain exercise. Kawal pengambilan makanan. Diet lebih sihat. Pengambilan supplements. Saya nasihatkan anda teruskanlah.
Saya dah amalkan dari 2011 sehingga sekarang. Alhamdulillah saya mendapat kesan yang amat memuaskan. Dan saya berpuas hati dengan vitamin yang saya ambil.
Kerana sangat membantu kepada diri saya dan seluruh keluarga kami menikmati kesihatan yang lebih baik.
Anda sedang mencari vitamin untuk kesihatan anda?
Dan jika anda di antara ibu menyusu yang khuatir mengalami masalah susu drop ketika puasa, hubungi saya sekarang untuk dapatkan konsultasi penyusuan secara percuma.
Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain, jemput klik dan link di bawah:
Facebook : Siti Aisah Mohd Ibrahim
Instagram: @sitiaisahmdibrahim
Tik Tok : sitiaisahmohdaibrahim
Beacon : https://beacons.ai/sitiaisah
#susudrop
#blogmegashaklee
#shakleethrive
#shakleetriumph
#pengedarshakleeusj
#pengedarshakleesubangjaya
Ibu menyusu ambil, anak juga dapat nutrientnya 🙂