Sihat Itu Mahal? Tidak, Dengan Insentif Dari Shaklee Malaysia Ini

Sihat Itu Mahal? Tidak, Dengan Insentif Dari Shaklee Malaysia Ini

“Makanan sihat di Malaysia harganya mahal-mahal belaka. Sebab itulah ramai rakyat Malaysia ni tak sihat.”

Sesiapa yang pernah ikuti Aisah di Facebook, Instagram atau Tiktok, mungkin akan tahu serba sedikit tentang latar belakang Aisah.

Aisah ni dahulunya merupakan salah seorang petugas dalam bidang kesihatan. Pernah bekerja sebagai jururawat di beberapa hospital dalam dan luar negara.

pengedar shaklee subang jaya

Semasa bertugas dulu, memang Aisah sendiri merasakan makanan sihat di Malaysia ini agak mahal.

Jadi, memang susah betullah Aisah nak amalkan pemakanan sihat. Adoi.

MAKAN TAK SIHAT, GAYA HIDUP PUN ERMM…

Sangat-sangat ironis kan pengalaman Aisah. Kalau anda nak tersenyum atau gelak pun tidak mengapa.

Tapi cerita Aisah belum habis lagi ni.

Sebabnya, selain susah nak makan makanan sihat, Aisah nak amalkan gaya hidup sihat pun susah.

Apa tidaknya, kerja ‘shift’ siang malam di hospital. Kena panggil buat ‘overtime’, atau ‘cover’ rakan yang tiba-tiba cuti kecemasan.

Akibatnya, makan, tidur dan rehat tidak tentu masa pun jadi satu perkara normal. Dan tekanan pekerjaan seharian pun dah jadi kebiasaan.

Walaupun kesemua ini biasa, tetapi ia tetap tidak betul. Sangat tidak menyihatkan ya.

Jadi, kita tak boleh biasakan perkara yang tak betul. Sebaliknya, kita kena betulkan perkara yang biasa.

Wah, bermadah-madah pula.

Apa pun itulah hakikatnya. Aisah bekerja dalam bidang kesihatan tetapi diri sendiri ‘struggle’ hendak amalkan kesihatan.

Walhal, tiap-tiap hari Aisah menguruskan pesakit. Selalu masuk dalam bilik pembedahan (kami panggil ‘operation theater’). Lihat sendiri dengan mata sendiri betapa perit dan derita apabila jatuh sakit.

Jadi, nikmat kesihatan ini terlalu besar untuk kita abaikan.

‘TER’BELI SUPPLEMEN KESIHATAN BUAT PERTAMA KALINYA DALAM HIDUP

Beberapa bulan selepas melahirkan anak yang pertama, Aisah mengalami satu masalah yang betul-betul mengusutkan kepala.

Ketika itu, Aisah pilih untuk menyusukan anak (‘breastfeeding’). Aisah memang dah berazam semasa mengandung lagi nak ‘fully breastfeed‘ anak sampai usia mereka 2 tahun.

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba susu badan Aisah ‘drop‘ atau menurun. Bayi pun jadi tak puas nak menyusu.

Diri yang dah sedia stres pasal kerja, makin jadi stres. Bila jadi macam ni, susu yang dah sedia ‘drop‘ semakin menjadi ‘drop’ .

Jadi, Aisah pun mintalah bantuan daripada adik ipar yang berpengalaman menyusukan anak. Dan dia pun buka jalan untuk memperkenalkan beberapa produk Shaklee.

Produk-produk ini bukan saja nak menaikkan kembali penghasilan susu (‘milkbooster’). Tetapi juga susu yang dihasilkan pekat, serta tinggi nutrien penting di dalamnya.

Selepas membuat ‘research’ tentang kandungan dalam produk itu dari internet, Aisah pun buat keputusan untuk membelinya.

Inilah kali pertama dalam hidup Aisah beli supplement dan makanan tambahan kesihatan tau.

KESAN SAMPINGAN SET PENYUSUAN SHAKLEE

Mungkin ada di kalangan anda yang tertanya apa produk-produk tersebut.

Set penyusuan Shaklee yang lengkap ini mengandungi minuman protein ESP, kalsium Ostenutrix, vitamin C, minyak ikan OmegaGuard, vitamin B complex, dan juga multivitamin Vita-Lea.

Lepas Aisah ambil kesemua ni, memang susu badan meningkat. Kalau bahasa zaman tersebut, susu badan meriah.

Anak pun membesar dengan sihat. Kalau pergi ‘check-up’ di klinik, graf tinggi dan berat dia nampak cantik saja.

Jadi, memang Aisah puas hati sangat-sangat. Sebab dapat hasil seperti yang Aisah mahukan.

Tetapi dalam masa yang sama, Aisah mula nampak perubahan-perubahan lain pada diri sendiri.

Kulit muka yang dahulunya berminyak dan bekas jerawat, sekarang dah nampak lebih bersih.

vitamin kulit

Dahulu cepat penat, sekarang nampak lebih bertenaga.

Berat badan bukan saja cepat turun, malah lebih senang nak ‘maintain‘ pada tahap ideal.

Alhamdulillah. Seronok sangat.

Hurm, alamatnya Aisah kena selalu belilah produk Shaklee macam ini.

SIHAT ITU MAHAL, TETAPI SIHAT BOLEH JADI PERCUMA DENGAN INSENTIF SHAKLEE

“Aisah buatlah bisnes Shaklee. Alah, bukan susah pun. Kumpul-kumpul je order kawan-kawan dekat hospital tu sesiapa yang nak Shaklee. Untung insentif Shaklee yang Aisah dapat, boleh buat beli Shaklee.”

Itulah nasihat dan cadangan ‘upline‘ saya dalam Shaklee dulu.

Hurm, betul juga apa yang dia cakap. Maka, bermulalah perjalanan Aisah dari bawah di dalam bisnes Shaklee pada tahun 2012.

Bulan-bulan awal tu, Aisah berjaya raih pendapatan beberapa ratus. Memang seronok sangat. Tak payah dah sentuh duit gaji nak ‘maintain‘ sihat dan awet muda.

Lama kelamaan, bisnes Shaklee Aisah pun makin besar. Pendapatan pun meningkat.

Kali ini, Aisah dah tak beli sekadar untuk diri sendiri lagi. Aisah belikan juga supplemen Shaklee untuk mak di kampung, dan anak-anak.

Sihat untuk diri sendiri, dapat.

Sihat untuk keluarga tersayang, dapat.

Dan pendapatan bulanan pun dapat.

INSENTIF SHAKLEE (PELAN PEMASARAN SHAKLEE) UNTUK PEMBINA BISNESNYA

Ketika artikel ini ditulis, Aisah sudah berkecimpung selama 11 tahun di dalam bisnes Shaklee. Aisah pernah cuba beberapa bisnes lain sebelum Shaklee tetapi tak kekal lama.

Apa yang membuatkan Aisah (dan ramai lagi) ‘happy’ dan kekal lama dalam bisnes ini adalah kerana insentif yang disediakan Shaklee.

Ada banyak insentif Shaklee ini sebenarnya, selain daripada peluang untuk kita sihat dan awet muda (ehem, sebab itu di dalam Shaklee, kami pegang kata-kata ‘look young longer’).

Antara insentif Shaklee atau pelan pemasaran Shaklee adalah;

Insentif Shaklee berbentuk tunai

Ada dua bentuk tunai yang ditawarkan oleh syarikat.

Pertama, keuntungan runcit penjualan pelbagai jenis produk Shaklee. Ianya bergantung kepada satu-satu produk.

Ada produk yang anda boleh dapat untung RM8 seunit. Ada yang anda boleh untung sehingga RM107 seunit.

Untuk pengetahuan anda produk Shaklee ini ada pelbagai jenis.

  • supplement
  • makanan tambahan,
  • produk penjagaan diri seperti ‘skin care‘ dan ‘hair care
  • produk penjagaan rumah seperti pencuci

Banyak kan? Anda boleh pilih mana-mana ikut kesesuaian anda.

Kedua, adalah bonus bulanan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan kepada;

  • jumlah nilai keseluruhan jualan kumpulan peribadi anda lakukan pada setiap bulan.
  • bonus kepimpinan kerana anda menghasilkan pemimpin-pemimpin jualan setiap bulan

Formulanya mudah saja, lagi besar nilai jualan, lagi besarlah bonus yang menanti anda setiap bulan. Lagi ramai pemimpin jualan yang anda hasilkan, lagi besarlah bonus setiap bulan.

Jadi, anda boleh ‘target’ berapa pendapatan bulanan yang anda mahukan dari Shaklee.

Tiga angka. Empat angka. Lima angka..

Macam diri Aisah sendiri, sudah merasa sampai lima angka.

Insentif Shaklee berbentuk kereta

Shaklee mengadakan program insentif berbentuk kereta. Tetapi bukanlah Shaklee beri sebuah kereta depan mata. Ia diberi dalam bentuk tunai, sebagai subsidi bulanan untuk perbelanjaan kereta anda.

“Macam mana tu?”

Maksudnya, duit ini bolehlah anda gunakan untuk bayar komitmen bulanan kereta anda.

Macam Aisah sudah habis bayar kereta. Jadi duit yang diberikan Shaklee boleh digunakan untuk ke arah lain. Sama ada berbelanja untuk pendidikan anak-anak, mahupun sebagai simpanan.

Oh ya, insentif kereta Shaklee ini diberikan kepada pembina bisnes secara seumur hidup.

car bonus shaklee

Dengan syarat, individu tersebut perlu aktif di dalam bisnes Shaklee setiap bulan, serta memenuhi pencapaian minimum.

Dan jumlah bonus kereta yang diterima setiap bulan ini bergantung kepada pencapaian anda setiap bulan.

Dan jangan terkejut jika bonus kereta yang anda terima itu mungkin menyamai nilai komitmen ‘loan’ bulanan bagi kereta import.

Insentif Shaklee berbentuk percutian mewah lagi eksklusif

italy trip shaklee
Trip bercuti Shaklee di… cuba teka tempatnya

Seperti kebanyakan syarikat lain, Shaklee juga memberikan insentif percutian kepada ‘sales leader’ mereka. Ini bukan percutian biasa-biasa tau. Percutian ke luar negeri.

Cuma yang berbeza di Shaklee adalah percutiannya mewah lagi eksklusif. Bukan sekadar tiket kapal terbang atau cruise saja diberikan.

Malah segala makan minum, tiket masuk ke tempat menarik dan juga pengangkutan darat turut disediakan oleh Shaklee.

Masih tak cukup?

Shaklee juga beri duit saku, luggage, serta produk percuma sepanjang percutian. Anda tinggal bawa diri dan pakaian sahaja. Atau juga duit lebih jika anda nak ‘bershopping‘ sakan semasa bercuti.

Mungkin syarikat lain hanya mengehadkan ganjaran tiket percutian hanya untuk ‘sales leader‘ dan pasangan terbabit.

Atau, kalau ada syarikat yang baik sedikit, mereka benarkan juga ‘sales leader’ membawa anak-anak sendiri.

Tetapi di Shaklee berlainan sekali.

Habuan tiket percutian juga kepada mak ayah kandung. Dan macam kes Aisah, boleh juga diberikan kepada mak ayah mertua.

Boleh baca pengalaman ibu dan ayah mertua saya berlayar di atas cruise hasil dari insentif Shaklee.

percutian mewah cruise trip
Menghantar mak dan ayah naik cruise, hasil insentif Shaklee percutian eksklusif

Insentif Shaklee berbentuk anugerah (Star Achiever Awards)

Setiap tahun, Shaklee akan mengadakan program National Conference yang dihadiri ribuan ahli bisnes Shaklee (bersama pasangan masing-masing) dari seluruh Malaysia.

Event‘ ini memang sangat besar, gilang gemilang dan meriah. Atau dalam bahasa orang sekarang, ‘happening‘.

Kemasukan ke ‘event‘ ini percuma je, tak perlu bayar macam sesetengah syarikat lain.

Makan minum berupa disediakan sepanjang hari. Tak perlu risau lapar. Dan tak lupa juga ‘goodies‘ atau ‘door gift‘ berupa produk Shaklee diberikan kepada peserta. (Ehem, siapa kata nak sihat itu mahal. Tak semestinya ya).

Di dalam ‘event‘ ini kejayaan-kejayaan yang anda kecapi dalam bisnes Shaklee akan diraikan.

Nama anda dipanggil satu persatu untuk naik ke pentas menerima anugerah daripada pihak pengurusan tertinggi Shaklee sendiri. Glamour habis ya.

pengedar shaklee subang jaya

Insentif Shaklee duit tunai tambahan

Sepanjang belasan tahun saya bersama Shaklee, saya boleh cakap yang syarikat ini suka buat kejutan.

Ada saja program-program insentif tambahan diberikan Shaklee. Dan semestinya, insentif ini berbeza dengan yang Aisah kongsikan di atas.

Macam yang terbaru, adalah insentif wang tunai (one off) RM600 untuk anda yang nak memulakan bisnes di dalam Shaklee secara serius.

Hurm, banyak tu. Lebih-lebih lagi di saat ekonomi yang serba mencabar ini kan.

ANDA NAK MENIKMATI INSENTIF SHAKLEE?

Sudah ramai ahli bisnes Shaklee di dalam organisasi Aisah yang sudah berjaya mendapat insentif Shaklee. Dan tentu sekali, anda berserta pasangan dan keluarga juga berpeluang untuk menikmatinya.

Langkah-langkah awal untuk anda ke arah itu amatlah mudah.

Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Shaklee bersama saya.

Ketika artikel ini ditulis, yuran pendaftaran sebagai ahli Shaklee adalah RM35 sahaja. Selepas itu, anda sudah boleh memulakan bisnes bersama Shaklee.

“Alah, kena bayar ke?”

Tak apa. Usah risau.

Ada cara alternatif untuk anda mendaftar sebagai ahli Shaklee secara percuma. Setiap bulan, Shaklee ada buat kempen tertentu yang boleh melayakkan anda menjadi ahli secara percuma.

Oleh kerana kempen ini berbeza dari setiap bulan, anda boleh contact Aisah untuk maklumat lanjut.

APA KELEBIHAN BISNES BERSAMA SHAKLEE?

Ada banyak kelebihan bisnes bersama Shaklee. Maka tak hairanlah Aisah kekal komited dalam bisnes ini sejak dari 2012 lagi.

1) Fleksibel

Bisnes Shaklee boleh dijalankan di mana-mana saja. Pada bila-bila masa.

Anda tak perlu pening nak keluar modal nak buka kedai. Tak perlu pening kalau hari hujan ribut menimpa payung meja jualan anda.

Anda boleh buat bisnes Shaklee secara online, di mana juga. Bila-bila masa.

Sama ada ketika anda di rumah, mahu pun di kampung.

bisnes online

Mungkin juga ketika anda menaiki pengangkutan awam. Atau ketika pasangan anda sedang memandu kereta.

Boleh juga dibuat ketika anda lepak-lepak di cafe. Atau juga ketika menunggu anak keluar dari sekolah.

Psst, Aisah pernah juga buat bisnes Shaklee ketika di KLIA. Semasa tengah menunggu nak naik kapal terbang tu, Aisah dapat beberapa sales.

2) Modal Permulaan Rendah

Mungkin syarikat lain mewajibkan anda mengeluarkan sekian-sekian duit untuk membeli selambak stok sebelum layak menjadi rakan bisnes.

Tetapi Shaklee tidak.

Seperti yang Aisah ceritakan di awal artikel tadi, Aisah memulakan bisnes Shaklee pada 2012 dengan hanya mengumpul order sahaja dari rakan sekerja di hospital.

pengedar shaklee usj

Mereka bayar order. Dari duit tersebut Aisah belikan vitamin Shaklee dipesan. Dan kemudian saya hantar kepada mereka.

Mudah kan.

Tak perlu anda pening nak cari modal. Atau sampai nak berhutang.

3) Kewangan Syarikat Stabil

Ini paling penting. Aisah memang titikberatkan perkara ini.

Sebab ada banyak syarikat yang struggle nak bayar komisen kepada team sales mereka.

Ada yang bayaran lambat. Ada yang tak dapat bayar penuh. Ataupun ada yang sangkut terus.

Sedangkan kita ada komitmen setiap bulan yang perlu dijelaskan.

Sepanjang Aisah berbisnes di Shaklee, tak pernah lagi komisen bonus saya lambat bayar. Malah ada ketikanya dibayar lebih cepat beberapa hari.

Apa juga nombor yang tertera dalam slip income bulanan Shaklee, itu jugalah yang akan dimasukkan dalam akaun bank saya.

Tak pernah terkurang walau satu ringgit pun.

Oh ya, slip income Shaklee boleh buat loan dengan bank ya.

Kalau slip pendapatan kerja hakiki tak lepas, anda boleh tambahkannya dengan slip pendapatan Shaklee masa memohon pinjaman tu.

4) Syarikat & Produk Yang Dah Established

Shaklee bukanlah syarikat baru setahun dua kewujudannya.

Di Malaysia, Shaklee dah bertapak sejak tahun 1990-an lagi. Memang lama dah.

Tapi kalau dalam dunia, Shaklee lagi lama. Shaklee dah ditubuhkan sejak 1956 di Pleasanton, California. Lagi tua dari negara kita Malaysia yang tercinta ni.

Macam mana syarikat Shaklee boleh bertahan sebegini lama?

Tentulah sebab produk dia.

Mana mungkin sebuah syarikat yang mengeluarkan produk tidak berkualiti boleh bertahan lama.

Mana mungkin juga sebuah syarikat yang mengeluarkan produk tak digemari orang boleh bertahan lama.

Hakikatnya produk Shaklee ni berkualiti tinggi, hasil R&D yang berterusan.

Maksudnya, jika ada penemuan sains baru, Shaklee akan sentiasa mengimprovekan mutu produknya. Tak adalah produk stuck pada level yang sama.

Maka sebab itu produk Shaklee terbukti selamat dan berkesan.

Lebih-lebih lagi saya ni dahulunya pernah bekerja dalam bidang kesihatan.

Sudah pasti Aisah dan keluarga tidak akan mengambil produk yang diragui keselamatan kandungannya.

Dan tentu sekali Aisah tidak mahu menjual produk sebegitu kepada orang.

Oh ya, Shaklee juga menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Buktinya, Shaklee memenangi anugerah SuperBrand Award selama bertahun-tahun.

trusted brand award shaklee

JOM JOIN BISNES ONLINE SHAKLEE BERSAMA SAYA SEKARANG

Aisah pelawa anda untuk ‘join‘ bisnes Shaklee bersama-sama Aisah.

Kita sama-sama sentiasa sihat dan ‘look young longer’.

Sama-sama menjana pendapatan bagi meningkatkan ekonomi keluarga.

Sama-sama pergi bercuti dan melancong menerokai dunia.

Dan sama-sama naik ke pentas menjulang anugerah di hadapan ribuan hadirin.

Aisah menerima semua orang. Tak kira sama ada anda bekerja, atau ada bisnes lain, atau pun juga suri rumah.

Paling penting sekali, Aisah tak mengira kaum, agama dan negeri.

Sebab organisasi Aisah memang majmuk ya. Ada pelbagai bangsa dan agama. Dari Semenanjung sampai ke Sabah dan Sarawak.

Paling penting, umur anda sudah melepasi 18 tahun. Serta bermotivasi tinggi untuk berjaya dalam bisnes Shaklee sehingga mendapat insentif Shaklee sediakan setiap tahun.

Anda hubungi Aisah sekarang dengan klik link ini;

www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee

www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee

Nak call Aisah pun boleh terus. Dail nombor Aisah ini, 0176477837.

Aisah boleh tolong bagaimana boleh mencapai impian anda. Anda juga boleh klik link seterusnya yang mana antara leader kami yang sudah pun merasa insentif Shaklee.

pengedar shaklee labuan

Follow saya di media sosial

Instagram @sitiaisahmdibrahim

Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok  sitiaisahmohdaibrahim

#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#pengedarshakleesubangjaya

9 thoughts on “Sihat Itu Mahal? Tidak, Dengan Insentif Dari Shaklee Malaysia Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *